animasi

as salam

Jejalan sambil follow...tq sume.. =)

pelawat yang dihormati

Selasa, 16 November 2010

adessss... missha sakit =(

assalamualaikum...moga kalian sume baik2 dan sihat selalu...esk nk raya mesti sonok kan??
tp missha x sonok nk raya ni.. demam yg baru nk beransur pulih buat missha xley nk buat kje sgt..
kali ni missha demam teruk... masuk 1 botol air..hari2 kne air darah..
adess.... sakit jgk la ckit... tp sakit ag yg demam ni..
yg jd teruk nya sbb bengkak dlm tekak..
1st tu, badan missha panas dlm je..
missha suka makan gula2 hanya kemam je..
pastu lelangit jadi luka,
g satu missha ni kurang mimum air.. tu sbb cpt panas dalam..
ms check tu dktor ckp tonsil bengkak... mybe kne operate nt.. huhuk..sedih kn???
bnda tu jd ase sakit.. nk menelan pn susah... nk ckp, aduss..pedih sgt..if sakit sgt tu, 
sampai susah nk nafas.. da cam nyawa2 ikan..
ms jd cmtu, mcm2 da yg bermain dlm fikiran missha ni...
syukur la lpas mak missha urut2, ase lega skit..
suhu badan pn da makin turun..
mujur la x kne masuk wad..
cuma missha kne wat rawatan susulan.. if teruk tu...
mmmm... nk xnk kne emergency kes jgk la..
ape pun missha mtk agar sume di luar sana sudi doakan agar missha cpt baik..
insyaallah..amin.. 

 missha ade search tentang sakit tosil ni, jom kita sama2 kongsi..

Ungkapan ‘saya ada tonsil’ seringkali kedengaran di kalangan masyarakat umum. Tidak kurang juga ada daripada golongan warga kerja perubatan dan kesihatan sendiri yang menggunakan pernyataan sedemikian yang merujuk kepada suatu struktur yang kelihatan pada mereka tidak normal di dalam rongga mulut.

Sebenarnya, tonsil adalah agregasi tisu limfoid yang terdapat dalam rongga mulut dan tekak seseorang. 

Tonsil yang biasa dirujuk ialah struktur kelenjar yang terletak di bahagian tepi, iaitu di kanan dan kiri orofarinks seseorang, yang juga dikenali sebagai ‘palatine tonsil’. 

Selain itu, ada lagi agregasi limfoid lain yang berhampiran dengannya yang turut memainkan peranan dan fungsi yang sama. 

Ia dikenali sebagai ‘lingual tonsil’ iaitu yang terletak di pangkal lidah, ‘tubal tonsil’ yang terletak di belakang hidung dan beberapa kumpulan tisu limfoid yang lain di dalam tekak yang kesemuanya tersusun dalam bentuk lingkaran yang dipanggil ‘Lingkaran Weldeyer Dalam’. 

Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya. 

Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang. Justeru, ungkapan mengatakan ‘saya ada tonsil’ tidaklah lebih daripada mengumumkan bahawa diri mempunyai struktur normal seperti mana orang lain. 

Dari segi signifikan maksudnya, ia samalah seperti mengatakan saya ada hidung, saya ada mata, saya ada telinga dan sebagainya.

Pada awal usia kanak-kanak, saiz tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap yang kekal atau plateau. 

Apabila kanak-kanak mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil. 

Hal yang demikian menerangkan mengapa tonsil jarang kelihatan atau jika dikesan pun adalah dalam saiz yang agak kecil pada golongan dewasa. 

* Masalah berkaitan tonsil

Dalam praktis bidang otorinolaringologi (telinga, hidung dan tekak), masalah yang sering dikaitkan dengan tonsil ialah jangkitan virus dan bakteria, baik pada tonsil itu sendiri atau struktur di sekitarnya iaitu kawasan peritonsilar, hipertrofi atau pembesaran saiz kelenjar tonsil yang mengakibatkan tanda-

tanda obstruktif (halangan) seperti penyempitan saluran pernafasan atas dan ketumbuhan termasuklah karsinoma sel skuama (squamous cell carcinoma) dan limfoma.

1. Jangkitan

Selaras dengan fungsinya sebagai struktur barisan hadapan pertahanan badan terutamanya pada kanak-kanak, tonsil merupakan tisu yang terdedah kepada jangkitan kuman baik virus atau bakteria. 

Inflamasi berpunca daripada jangkitan virus biasanya merupakan sebahagian daripada jangkitan pada saluran pernafasan atas seseorang (upper respiratory tract infection). 

Bakteria pula, biasanya daripada jenis beta hemolitik streptokokus dikenalpasti sebagai punca jangkitan yang paling kerap berlaku. Ia biasanya mempunyai kecenderungan untuk serangan yang berulang-ulang.

Jika jangkitan tonsil ini merebak ke kawasan peritonsilar, maka manifestasinya akan menjadi lebih teruk sedikit. 

Kawasan peritonsilar akan mengalami keradangan dan kadang-kadang pengumpulan nanah akan berlaku. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi lebih sempit dan ada kalanya menyebabkan kesukaran bernafas.

Punca-punca jangkitan lain yang boleh berlaku pada tonsil termasukah difteria, infeksi mononukleosis, agranulositosis dan sebagainya yang kebanyakannya berlaku dalam frekuensi yang agak rendah. 

Ini mungkin disebabkan oleh keberkesanan imunisasi yang diperkenalkan oleh kerajaan terhadap bayi yang baru lahir, meningkat kefahaman tentang pentingnya menjaga kebersihan serta kesihatan gigi dan mulut, di samping kecenderungan ibu bapa membawa anak yang mempunyai masalah kelenjar tonsil untuk mendapatkan rawatan pada peringkat yang lebih awal.

2. Hipertrofi Tonsil

Hipertrofi tonsil merujuk kepada saiz tonsil yang lebih besar daripada yang sepatutnya. Ia biasanya melibatkan kedua-dua belah tonsil dan saiznya bersimetri. 

Tonsil yang bersaiz besar ini akan mengakibatkan diameter saluran pernafasan atas amnya dan orofarinks khususnya menjadi lebih kecil. Hal ini akan menjadi lebih teruk jika ia berlaku pada kanak-kanak. 

Ini adalah kerana saiz orofarinks kanak-kanak adalah lebih kecil dan pertambahan saiz tonsil akan mengakibatkan baki ruangan saluran yang tinggal untuk pernafasan semakin kecil. 

Selain itu, saiz tonsil yang besar juga akan menyebabkan gangguan dalam proses menelan yang normal. Kesukaran menelan ini disebut disfagia. 

Tonsil yang besar juga kerap kali menjadi tempat terlekat atau tersangkutnya benda asing seperti tulang ikan atau sisa makanan terutamanya tonsil yang mempunyai lubang-lubang yang jelas.

3. Ketumbuhan

Dalam kes-kes terpencil, terutamanya jika hanya sebelah tonsil yang kelihatan membesar lantas menjadikannya tidak lagi simetri, maka ia harus dipastikan bukan berpunca daripada ketumbuhan. Ini adalah kerana bentuk penyiasatan, dan yang lebih penting lagi rawatannya, adalah berbeza. 

Ketumbuhan tonsil juga biasanya akan menunjukkan tanda-tanda sistemik yang lain seperti susut berat badan, hilang selera makan dan bengkak kelenjar limfa pada leher yang seharusnya meningkatkan syak terhadap kemungkinan berlakunya ketumbuhan. 

Biasanya, pesakit juga mempunyai faktor-faktor risiko yang lain seperti merokok, mengambil minuman beralkohol, mengamalkan memakan sirih atau mengunyah dan menyimpan tembakau di dalam mulut (budaya di sesetengah tempat).

l Tanda-tanda Penyakit Tonsil

 Sakit sewaktu menelan, iaitu odinofagia adalah antara tanda utama yang membuatkan pesakit datang untuk berjumpa dengan doktor. Ada kalanya ia disertakan dengan demam panas yang mencecah 40°Celcius. 

 Saiz tonsil yang besar, baik pada pesakit yang diketahui mempunyai hipertrofi tonsil atau pun kesan infalamasi hasil daripada jangkitan akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Kedua-dua belah tonsil mungkin membengkak dan bersentuh di bahagian tengah orofarinks (kissing tonsils). Apabila ini berlaku, pesakit akan mengalami tidur berdengkur, kadang-kadang berhenti bernafas atau apnea sewaktu tidur. Menelan, walaupun air liur sendiri, juga menjadi suatu pengalaman yang memeritkan. Dalam kes jangkitan kawasan peritonsilar, perubahan suara akan berlaku di mana pesakit akan bertutur seperti dia sedang memakan sesuatu yang panas (hot potato voice).

 Dalam kes-kes ketumbuhan, ada pesakit yang mengadu batuk berdarah dan pemeriksaan menunjukkan permukaan tonsil yang mengalami ulser dan berdarah apabila disentuh. Tidak kurang juga pesakit yang datang dengan tanda yang minimum seperti merasa seperti ada sesuatu yang terlekat di kerongkong sewaktu menelan.

l Rawatan penyakit Tonsil

Bergantung kepada jenis penyakit, rawatan terhadap permasalahan tonsil juga berbeza. Umumnya, sebarang bentuk jangkitan perlu diubati dengan agen antikuman atau antibiotik (untuk bakteria). 

Pada masa yang sama, kebersihan mulut perlu ditingkatkan. Pesakit juga digalakkan makan seperti biasa sebagaimana yang boleh. 

Jika ia menjadi terlalu sukar, mungkin pemberian cecair serta elektrolit perlu diberikan secara intravena bagi memastikan pesakit berada dalam keadaan stabil.

Bagi kes-kes kawasan peritonsilar yang mempunyai pengumpulan nanah, ia perlu dialirkan keluar. Ini kerana jangkitan yang terkurung di kawasan tersebut boleh mengakibatkan gangguan yang berterusan terhadap saluran pernafasan. 

Ia juga mengundang risiko merebaknya jangkitan ke kawasan lain yang lebih sukar untuk dirawat seperti kawasan parafaringeal, retrofaringeal dan mungkin sampai ke mediastinum atas.

Sekiranya jangkitan tonsil berulang-ulang, atau ia menyebabkan gejala obstruktif yang mengganggu kehidupan seperti berdengkur atau apnea tidur, maka pembedahan elektif membuang tonsil adalah disyorkan. 

Di Amerika Syarikat, tonsilektomi atau surgeri membuang tonsil merupakan pembedahan elektif yang paling kerap dijalankan di kalangan kanak-kanak. 

Ia merupakan suatu prosedur pendek dan pesakit biasanya perlu berada di hospital untuk beberapa hari sahaja. Tiada parut kelihatan kerana prosedur dijalankan melalui rongga mulut.

Jika keabnormalan tonsil merupakan manifestasi masalah ketumbuhan, maka kaedah rawatannya juga berbeza. Ada antara pesakit memerlukan pembedahan dan tidak kurang juga yang dapat dikawal dengan penggunaan ubat kemoterapi. 

Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa insiden bagi ketumbuhan tonsil ini amatlah kecil, jika dibandingkan dengan masalah tonsil yang berpunca daripada jangkitan dan hipertrofi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan